Sunday, 11 December 2011

PPKI SK SETAPAK, KUALA LUMPUR

Program Pendidikan Khas Integrasi SK. Setapak telah dibuka pada tahun 2003 dengan jumlah murid seramai 10 orang dan 2 orang guru. Pada peringkat awal hanya terdapat 2 buah kelas dan sebuah bilik rekreasi bagi menempatkan murid-murid ini, namum seiring denganpertambahan jumlah murid seramai 40 orang pada tahun 2011 kini PPKI SK Setapak telah mempunyai sebanyak 7 buah kelas di mana 2 daripada adalah kelas inklusif di tahun satu dan di tahun empat.
Murid-murid pendidikan khas ini tergolong dari pelbagai jenis masalah kecacatan. Antaranya termasuklah autisme, sindrom down, hiperaktif, ADD, lembam, cerebral plasy dan juga perkembangan lewat. Murid-murid ini ditempatkan mengikut kelas berdasarkan kebolehan dan pencapaian akademik mereka.

Selain menjalankan aktiviti P&P di sekolah, murid-murid istimewa ini turut didedahkah dengan aktiviti yang melibatkan masyarakat luar. Ativiti seperti lawatan P&P di carefour, manaiki lrt, sambutan hari lahir dapat memberi pendedahan dan memberi peluang kepada murid untuk bergaul dengan masyarakat luar. pendedahan seperti ini amat diperlukan bagi mendidik murid untuk berdikari apabila dewasa kelak.

Majlis sambutan hari lahir di KFC



Tuesday, 11 October 2011

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Selamat datang ke blog ini. Penulisan blog merupakan satu perkara yang baru bagi saya.Penglibatan saya dalam penulisan blog ini adalah memenuhi kehendak dan keperluan kursus pembelajaran saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris selain untuk berkongsi pengetahuan mengenai subjek kemahiran hidup bersama pengunjung yang sealiran.  Kandungan blog saya ini adalah berkaitan tentang Pendidikan Kemahiran Hidup Pendidikan Khas Pembelajaran. Komponen perkebunan menjadi pilihan saya berdasarkan pengalaman mengajar subjek ini selama beberapa tahun. 

Semoga perkongsian ilmu menerusi penulisan blog ini dapat dimanfaatkan dan mendapat faedah kepada pengunjung blog ini khasnya kepada golongan pendidik.